Ahad, 9 Ogos 2015

No ONE besides ALLAH can rescue a soul

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w
"ليس لها من دون الله كاشفة"
"No one besides Allah can rescue a soul from a hardship"
Allah..ujian hati sentiasa bertubi-tubi datang, sungguh sedikitpun tidak ada kekuatan melainkan  dari DIA. Kehilangan terbesar dalam hidup ini tatkala perginya seorang imam buat diriku pada tanggal 15 Syaaban 1436/2 Jun 2015 dengan penuh tenang.
Saat itu terasa hidup ini gelap dan tak ada ertinya tanpa seorang "ayah" yang banyak mengajar diri ini tentang kehidupan. ALLAH, Engkau mendengar rintihan ku bila mana sedikitpun Engkau tidak menjarakkan aku dari seorang imamku di saat-saat akhirnya membuat persiapan untuk mengadap-MU.

Ayah, u are the great baba for me in this duniya wal akhirah. Setiap kali adik perlukan ayah sehingga saat ini, ayah tetap bersama adik sebab ayah dah tersusun rapi dalam tingkatan hati adik setelah Allah dan Rasul. Ayah khalifah hidup adik yang pertama. Dalam setiap ketegasan ayah ada kelembutan.

Sungguh kata-kata kemaafan terakhir antara kita berdua memberi isyarat bahawa adik terpaksa redha dan rela dengan kehendak Allah. ALLAH the only ONE most love u baba. Berbulan-bulan lamanya adik tak dapat mendengar lagi suara kasih ayah namun ayah sentiasa bersuara kasih dengan adik dalam lenamu. Terima Kasih ayah! Adik sentiasa dan sentiasa rindu ayah. Ayah tunggu adik di sana ya. LOVE YOU BABA

Miss u very² much!

-ALFATIHAH-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan