Isnin, 10 Ogos 2015

Apa khabar duhai Sang HATI?




Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w

H.A.T.I

Assalamualaikum HATI.. Apa khabar dengan dirimu? Masihkah kau seteguh yang dulu? Hari demi hari kau diuji. Bertubi-tubi soal engkau ditebuk. Allah..adakah HATI ini masih kuat??

Allahu Rabbul i'zzati pandu HATI ini agar tidak tersalah memberi & menerima ..Jauhkan HATI ini daripada hanyut dengan "syurga dunia". Biarkan hati ini berlabuh di pelabuhan mengikut pilihan-MU Ya Rabb. Tenangkan hati ini saat menerima ketentuan dari-MU..

Wahai HATI..

Teguhkanlah dirimu sehingga sampai saatnya untuk kau berlayar dan berlabuh di pelabuhan mengikut kehendak dan ketentuan Khaliq.

Moga dirimu sentiasa dibajai dengan ayat-ayat cinta dari yang SATU . Ku mohon jaga dirimu HATI, tiada kekuatan melain dari DIA
ALLAH CINTA AGUNGKU

-puteribaba-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan