Sabtu, 17 November 2012

MENGAPA MEMBUKA PINTU FITNAH???

Assalamualaikum w.b.t..bismillahirrahmanirrahim..segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w.. Alhamdulillah hari ini diberi ilham untuk berkongsi satu tajuk buat antum sekalian..:)di samping memperbaiki diri ini.. Hari ini org bersosial dengan pelbagai cara. Dulu kalau ingin bertemu org, kita kena keluar rumah dan cari kawan di luar,Tetapi sekarang dengan hanya sebuah komputer dan talian internet, kita boleh dapat ribuan kawan dalam masa yang singkat kan?? Laman web rangkaian sosial kini semakin menjadi kegilaan org ramai. Orang yang sibuk dan tak punya masa untuk keluar rumah kini boleh 'bersosial' dengan cara tersendiri walaupun punya kawan tanpa suara, tanpa rupa.(mungkin dikenali melalui foto sahaja),anehnya sekarang,ramai yang cepat membina kemesraan dan cepat meletakkan kepercayaan. Malah tak kurang yang tak lokek berkongsi cerita dirinya melalui 'diari maya' seperti blog, FB, Twitter dll..yang mana semua ni boleh diakses oleh jutaan manusia seluruh dunia.Apa saja yang dilakukan dicatat di situ, segala perasaan yang terbuku diluahkan di sana tanpa rasa segan silu dan selindung-selindung lagi. 'Ala kulli hal...natijahnya? Sendiri boleh mengagak apa akan berlaku>>! Persoalannya, adakah kita (terutamanya wanita) begitu mudah membuka pintu fitnah sehingga membenarkan diri mnjdi mangsa??? Adakah kita terlalu cetek minda/ terlalu berfikiran terbuka sehingga 'menggizinkan segala yang tidak sepatutnya 'mencerobohi' kita..?? #p/s: semua jawapan ada pada diri kita..rjuk ayt 11 dalam surah ar-Ra'd Allah telah pun berfirman: بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ (١١) so,verily never will Allah change the condition of a people until they change it themselves (with their own souls) #renung-renungkan n selamat beramal..(^_~) luv u lillah nisaa'....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan