Jumaat, 28 September 2012

4 Prinsip CINTA HIGH CLASS...

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bagi ALLAH yang Esa dan selawat dan salam buat junjungan Rasulullah..Kepada-NYA jua kita mengadu dan meluahkan rasa yang terpendam dalam hati yang telah DIA pinjamkan kepada kita..syukur Alhamdulillah.. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada Illahi kerana masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM buat diriku dan buat pengunjung blog insan yang lemah ini.. Alhamdulillah..terdetik di hati ini untuk berkongsi satu ilmu kepada kalian yang dikasihi fillah =) InsyaALLAH...Sebenarnya semalam sempat juga selongkar (search) video-video di youtube..tetiba berminat nak tengok kupasan dua pasangan yang disegani dan romantik iaitu DR FARHAN HADI & USTAZAH FATIMAH SYARHA.. Tajuk kupasannya sangat menarik..kata DR FARHAN HADI nak dibedahnya buku hasil karyanya dan isteri tercintanya yang berjudul CINTAKU KERANA AGAMAMU & CINTA HIGH CLASS.. Apa yang boleh diperkatakan DR FARHAN HADI ada menyatakan ada 4 prinsip sebenarnya untuk mencapai CINTA HIGH CLASS..huhu..(^_~) bab nie kena fokus.. 4 Prinsip CINTA HIGH CLASS Yang Pertama : Mendaulatkan CINTA ALLAH s.w.t sebagai nombor satu (aula) Yang Kedua : Kita cinta kepada seseorang itu tak lain dan tak bukan hanya kerana ALLAH s.w.t Satu hadis tentang Halawatul Iman; "Ada tiga perkara, sekiranya ada pada diri kita, kita akan merasa kemanisan iman" Sabda Rasulullah : 1. Kita cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kita kepada segala-galanya. 2. Kita cinta kepada seseorang itu adalah kerana kita cinta kepada Allah s.w.t 3. Kita benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana kita benci diri kita tercampak ke dalam api neraka. Yang Ketiga : Bermujahadah dalam melawan hawa nafsu Yang Keempat : Kita cinta kepada seseorang itu, percintaan, perkahwinan itu berlaku tanpa halangan. ( bermaksud orang suka akan perkahwinan kita ) Kata Yusuf al-Qardawi "Pernikahan yang baik itu adalah pernikahan yang tiada halangan daripada semua pihak " Masyaallah..indahnya jika kita punya keempat-empat prinsip ni kan.Sama-samalah kita menadah tangan agar hati kita dipelihara dan sentiasa mendambakan kasih sayang dan CINTA dari ILLAHI..sekadar ini sahaja yang dapat ana kongsikan buat kalian yang dikasihi fillah =)..Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri..syukran wa asif a'la kulli hal.. Uhubbukifillah..=) "ALLAH CINTAKU YANG AULA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan