Jumaat, 14 November 2014

Pesan Buatmu Sang Mawar.. PART 1


Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w..

Konbanwa ( selamat ptg ) haha..try to be minah jepun jap..ok, back to da topik malam ni i want to share dengan anda semua tentang kisah pesanan seorang bapa buat puterinya....
Pesan si AYAH buat sang PUTERI nya..

Wahai puteriku....aku seorang bapa yang sedang berjalan memasuki usia 50 tahun..
Usia muda telah aku lewati, aku tinggalkan kenangan,impian, lamunan-lamunan dan segala pujian dunia.Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan Haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku...banyak aku menulis, sering aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkn akhlak,menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakn jiwa & mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan & membanteras kerosakan moral.
Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan...sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi..Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu membanterasnya...

Wahai puteriku..pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya & engkau brusaha utk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita. Tetapi ingat,bahawa tanpa kerelaanmu dan kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju.
Engkau lah yg membuka pintu kepadanya utk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : " silakan masuk"...dan setelah engkau kecurian barulah trsedar. Ketika itu barulah  engkau berteriak..."tolong...tolong..aku kecurian"

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu serigala dan engkau adlah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar bahawa semua lelaki itu adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspadanya seorg kikir terhadap pencuri..
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkn lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki menginginkan lebih dari sekadar daging kambing...dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu.........
iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala..

ok, kita stop di sini dulu..baca & fahamkan dengan mata hati dear muslimah..^_^

Ittekimasu :)
TO BE CONTINUE...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan