Jumaat, 28 September 2012

4 Prinsip CINTA HIGH CLASS...

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bagi ALLAH yang Esa dan selawat dan salam buat junjungan Rasulullah..Kepada-NYA jua kita mengadu dan meluahkan rasa yang terpendam dalam hati yang telah DIA pinjamkan kepada kita..syukur Alhamdulillah.. Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah ku panjatkan kesyukuran pada Illahi kerana masih diberi nikmat IMAN dan ISLAM buat diriku dan buat pengunjung blog insan yang lemah ini.. Alhamdulillah..terdetik di hati ini untuk berkongsi satu ilmu kepada kalian yang dikasihi fillah =) InsyaALLAH...Sebenarnya semalam sempat juga selongkar (search) video-video di youtube..tetiba berminat nak tengok kupasan dua pasangan yang disegani dan romantik iaitu DR FARHAN HADI & USTAZAH FATIMAH SYARHA.. Tajuk kupasannya sangat menarik..kata DR FARHAN HADI nak dibedahnya buku hasil karyanya dan isteri tercintanya yang berjudul CINTAKU KERANA AGAMAMU & CINTA HIGH CLASS.. Apa yang boleh diperkatakan DR FARHAN HADI ada menyatakan ada 4 prinsip sebenarnya untuk mencapai CINTA HIGH CLASS..huhu..(^_~) bab nie kena fokus.. 4 Prinsip CINTA HIGH CLASS Yang Pertama : Mendaulatkan CINTA ALLAH s.w.t sebagai nombor satu (aula) Yang Kedua : Kita cinta kepada seseorang itu tak lain dan tak bukan hanya kerana ALLAH s.w.t Satu hadis tentang Halawatul Iman; "Ada tiga perkara, sekiranya ada pada diri kita, kita akan merasa kemanisan iman" Sabda Rasulullah : 1. Kita cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cinta kita kepada segala-galanya. 2. Kita cinta kepada seseorang itu adalah kerana kita cinta kepada Allah s.w.t 3. Kita benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana kita benci diri kita tercampak ke dalam api neraka. Yang Ketiga : Bermujahadah dalam melawan hawa nafsu Yang Keempat : Kita cinta kepada seseorang itu, percintaan, perkahwinan itu berlaku tanpa halangan. ( bermaksud orang suka akan perkahwinan kita ) Kata Yusuf al-Qardawi "Pernikahan yang baik itu adalah pernikahan yang tiada halangan daripada semua pihak " Masyaallah..indahnya jika kita punya keempat-empat prinsip ni kan.Sama-samalah kita menadah tangan agar hati kita dipelihara dan sentiasa mendambakan kasih sayang dan CINTA dari ILLAHI..sekadar ini sahaja yang dapat ana kongsikan buat kalian yang dikasihi fillah =)..Yang baik itu dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ana sendiri..syukran wa asif a'la kulli hal.. Uhubbukifillah..=) "ALLAH CINTAKU YANG AULA"

Sabtu, 15 September 2012

YA ALLAH..TABAHKAN HATI HAMBA..


Bismillahirahmanirrahim...segala puji bagi ALLAH yg Esa dan buat junjungan Rasulullah..Kepada-NYA jua kita mengadu dan meluahkan rasa yang trpendam dalam hati yang telah DIA pnjamkn buat kita...

Assalamualaikum w.b.t buat shbt2 yg msih setia mengunjungi blog insan yang lemah ini...

Hari ini terdetik utk ku coretkan sesuatu yang sering berlegar di kotak fikiranku selama ini...Hmmm...mna tidaknya..sering kali aku dengar mulut manusia yang mudah menghukum dan menilai seseorang dengan sesuka hati padahal kesahihan dan kepastian itu belum terbukti di depan mata kita..Fitrah manusia cpat2 nak judgemental orang kan...

Macam-macam tomahan yang akan kita dapat bila manusia tidak suka pada kita atau ada perasaan hasad or cemburu dll..Tapi ALLAH tak macam tu kan..ALLAH masih membuka ruang buat kita berubah...bertaubat kpa-NYA..kenapa kita sebagai manusia biasa nak lebih-lebih jugde orang sesuka hati kita..

Kita hanya mampu menyalahkan itu dan ini..menyangkal orang lain itu salah kita sahaja yang benar..sedangkan yang membezakan kita di sisi ALLAH hanyalah taqwa..kenapa perlu untuk kita jauhkan diri apabila kita tahu sahabat atau orang yang kita sayang tersungkur melakukan kesalahan..mencaci,mengutuk,merendahkannya walhal yang perlu dilakukan adalah hulurkan tangan pada dia..kenapa?

Sebab ketika itu lah dia memerlukan kita untuk berada di sisi dia saat dia menerima ujian dan cabaran dri ALLAH..ingat..kita bukan penghukum dan tak berhak menghukum..
ALLAH...hanya DIA sahaja yang tahu isi hati kita bila kita rasa tersungkur dan yang paling dekat dengan kita hanyalah DIA..biarlah segala tohmahan,kejian,kutukan itu datang kepada kita..tapi..yakinlah disebalik sume tu ada hikmahnya kan..

YA ALLAH...seandainya ini ujian buat diriku..hamba redha..tiada yang lebih indah selain dekat dengan-MU...berikan keampunan kepada mereka dan hindarkanlah sifat marah dan dendam dalam diri hamba..sesungguhnya hamba tidak layak membenci..Engkau berikanlah kekuatan pada hamba untuk menghadapi mehnah dari-MU..amin ya rabb..