Jumaat, 24 April 2015

Keep CALM & stay STRONG..!!!

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w
S.A.B.A.R
Ujian yang telah datang, sedang dan akan mendatang semuanya dari DIA..kita manusia biasa tak mampu bahkan tidak berdaya menepis namun dihadiahkan kepada kita 1001 jalan untuk berhadapan dengan segenap ujian yang diberi..
Allah Rabbul I'zzati..
Tak pernah sedetik pun meninggalkan ku dalam keadaan ku perlukan tali pergantungan kerna ku yakin hanya ENGKAU sebaik-baik 'PENGHARAPAN"...
Alhamdulillah, syukur kerana tidak terhitung nikmat yang ENGKAU berikan meskipun ujian sentiasa silih berganti..Wahai Allah, sekiranya nikmat yang diberikan ini membuatkan kami alpa dan semakin jauh dari-MU kami serahkan semula semuanya kepada-MU,.
Sayu bila mendengar permasalahan dari seorang sahabat yang melibatkan ikatan kasih sayang sebuah keluarga yang sudah hampir menemui titik noktah disebabkan satu perkataan ini yakni "TANGGUNGJAWAB"
Buat sang suami, jika dahulu niatmu mengahwini si isteri hanya kerana tamak dengan nikmat dunia yang engkau lihat, engkau tidak akan menjadi pelindung si isteri di dunia ini mahupun di akhirat kelak kerana niat pada permulaan nya mungkin sudah tersalah sehiggakan kau lupa tentang "tanggungjawab" hingga di akhirnya kau hanya letakkan pandangan manusia lebih utama berbanding pandangan dan perhitungan Khaliq..Kau lupa untuk didik hati kau supaya adil dalam berbahagi kasih..
Jika salahnya seorang isteri adakah dia tak berhak untuk persoal dan tahu tentang kesalahan dia At least dia sedar mungkin ada kesilapan terhadap suami dia sendiri, namun kau seksa diri dan hati dia dengan menjadi diam tanpa kata dan menjadi batu yang keras tanpa bertindak..maaf, saya katakan..sekiranya dulu kau berani membuat pilihan menyanyangi dua wanita kenapa hari ini kau bersikap seperti lembu kena cucuk hidung?? kau abaikan tanggungjawab yang sepatutnya kau bahagikan dengan adil hanya semata-mata lebih mengikut perintah manusia..tolong, jangan seksa diri dan hati wanita itu lagi..buka mata hati kamu semula melihat kembali jalan yang kau pilih ini sebagai aturan dari DIA, then pliss tajdid niat tu semula kerna 
"putus asa setelah berusaha adalah disebabkan dari permulaan yang salah" 
Yes, kami wanita insan yang lemah dan kurang akalnya dari lelaki kerana itu lah kamu wahai lelaki Allah dah amanah kan kamu sebagai pelindung dan pemimpin kami (verse 24:nisa)
Benarlah akhir zaman, orang lelaki yang menjaga wanita semakin sikit bilanganny. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sma ada tak bertanggungjawab menjaga keluarga ataupn tak berperanan menjadi ketua keluarga..so, plis sedari kedudukan kita di hadapan Allah dan perlunya kita kembali kpd Islam yg mengangkat martabat wanita dan menjadikan lelaki sbg pelindung martabat itu.
Jika kamu sedar bhwa kamu hamba Allah, maka wajib turuti perintah Allah, mngikut ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki melindungi wanita mencontohi Rasulullah SAW..
Last but not least..fikirkan sejenak antara kamu memilih untuk menjadikan Rasulullah sbgai qudwah hasanah dalam apa jua corak kehidupan kamu@ kamu lebih memilih untuk berada dalam kalangan lelaki akhir zaman itu? Nauzubillah..
Maaf, sekiranya trkasar bahasa,tersalah bicara cuma terkilan melihat ummah ketika ini..:(
Benarlah apa yang dikatakan oleh seorang penulis buku.."kadang2 ummah hari ini perlu diberikan sentapan agar tidak lalai dibuai mimpi, kembali bangkit menjadi SINGA !"
moga ALLAH beri jalan yang terbaik dan jauhkan daripada robohnya baitul muslim yang terbina kerana fikrah dikawal oleh tajamnya kata-kata manusia..
wallahu'alam..

-ALLAH CINTA AGUNGKU-

ALLAH CINTA AGUNGKU~

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w
Ya ALLAH , Tak jemu kami memohon kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada kami..
Ya ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
Ya ALLAH..
Jika dia masih jauh maka dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Ya ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Ya ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,
Penuhi hatinya dengan Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..
Ya ALLAH..
Tiada tempat untuk kami bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Ya ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Ya ALLAH..
Kirimkan dia yang dapatmembawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Ya ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..
#credittoCH

Rabu, 22 April 2015

ALHAMDULILLAH...terima kasih ALLAH ^_^

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w
Here i'm back..!!!! wahh, dah lama agaknya menyepi dari membuat "bising di sini" heee~
Alhamdulillah a'la kulli hal sepanjang tempoh menyepi banyak yang ku pelajari dari insan-insan yang Allah titipkan dalam perjalanan hidup ini..kenangan, pengalaman memberi 1001 makna buat diriku..
23 April 2015 / 4 Rejab 1436 Alhmdulillah syukur nikmat dengan izin Allah ditumpangkan roh & jasad ini ke dalam rahim seorang insan yang mulia ummiku tercinta Rosenah bt Zakaria sehingga hari ini genap umurku__ ..UMMI, nyawa yang ummi pertaruhkan utk anakmu ini hanya DIA yang mampu membalas..moga doa ummi sentiasa mengiringi perjalanan hidup adik..
Sayang ummi Lillah..
Buat yang wish dan mendoakn yang terbaik buat saya terima kasih yang tak terhingga diucapkan kerana sudi meletakkan diri yang kerdil ini dalam ingatan kalian..yg pertama in sha Allah akan mnjadi yang pertama juga dalam diri ini setelah Allah dan Rasul..^_^i'm appreciate everthing that u have done to me..for u and me, don't worry too much, if it's meant to be It will find it's way..in sha Allah Taala..saya tunggu kek tu..(prut jdi menyanyi sentiasa teringatkn kek) hehe
Sahabat yang banyak membantu dan sudi sediakn bahu untuk ana sandarkan segala kegembiraan dan kesedihan di saat diri ini rebah jatuh tersungkur tak pernah lepas dari terus menyalurkan kekuatan untuk bangun semula tanpa menoleh kembali, buat kalian ana doakan moga Allah sentiasa titipkan kasih sayang dan redha-Nya dalam setiap prjalanan hidup kalian..moga kemanisan dalam ukhwah kita terus utuh diikat dgn doa rabithoh yang tak pernah putus..ameen
Ujian dan cabaran datang silih berganti tanda Allah msih sayang dan peduli dengan kita..jadi terus kuat dan sabar untuk dapatkan natijah yang superb hebat dan hikmah yang mendatang di sebalik semua yang berlaku..jgn pernah kecewa jika ada doa kita yang msih blum dimakbulkan..Allah tahu permintaan kita itu tidak diperlukan, sbb tu DIA tak beri..
Tapi...
Ketahuilah, Allah tu tak zalim ^_^ DIA akan gantikan dgn yang lebih baik buat kita..sweet kan?? so, everything yang kita nk buat think wisely guna hati dan akal yang salim,bukan jadikan nafsu sebagai maharaja to control ourself..nafsu bukan untuk di "LAWAN" ttapi jgn di "LAYAN"..ok dear! thats all for today...wallahu'alam ^_~ sblum syahid meh kita muhasabah diri and check balik list harian kita..tqvm
#selfNOTE
-ALLAH CINTA AGUNGKU-