Assalamualaikum w.b.t...
Bismillahirrahmanirrahim...segala puji buat yang maha ESA serta selawat dan salam buat junjungan Rasulullah s.a.w..
Buat akh dan akhwat yang dikasihi LILLAH.., Salam Mahabbah dari diri yang fakir ini buat kalian yang sudi mengunjungi teratak perkongsian ilmu ini..Moga kita sama-sama memperoleh manfaat dan keberkatan daripada-NYA..Ameen..(^_^)
Sedikit persoalan yang bermain di fikiran saat ini, tentang ragam dan juga "trend" majlis pertunangan yang dilakukan dengan cara 'grand gitu' sampai ada sesetengah pihak mentafsir seperti 'kenduri kahwin sudah'..Memang benar ada hadis yang menyatakan pertunangan perlu dirahsiakan namun hadis tersebut bertaraf lemah. Ana kongsikan beberapa kenyataan daripada sebuah blog saudara kita yang telah bermusyawarah dengan sahabat-sahabatnya dan juga mufti.
Pembetulan itu berbunyi begini.
Ayat: "Rahsiakan Pertunangan" diriwayatkan oleh al-Dailami di dlm musnadnya. Dihukum lemah oleh al-Albani di dalam al-Silsilah al-Dhoiefah dan Dhoief al-Jami' al-Saghir. Ayat: "War-warkan perkahwinan" adalah sahih, hadis antaranya diriwayatkan oleh Ahmad. Cuma sebahagian ulama ada yg beranggapan sunat menyembunyikan pertunangan jika bimbangkan hasad orang. Mereka didalilkan dgn hadis: Tolong-menolonglah kamu semua dlm menjayakan hajat2 manusia dgn sembunyikannya, kerana setiap yg memiliki kebaikan itu biasanya didengki oleh orang lain. Riwayt al-Tabarani. Namun hadis ini tidak khusus kepada prtunangn sebaliknya anjuarn supaya sembunyikan setiap perkara di hadapan org yang dengki. wallahu a'lam.
Maka jelaslah ayat "Rahsiakan pertunangan" adalah bertaraf lemah. Dan hadis yang lemah tidaklah boleh dijadikan hujjah. Hanya boleh di amalkan untuk diri sendiri. Saya khuatir ada yang menganggap hadis ini wajib dilakukan dan cuba sedaya-upaya untuk merahsiakan pertunangannya kerana tidaklah dalam semua keadaan, pertunangan itu perlu dirahsiakan, malah perlu diberitahu jika ada yang bertanya. Hal ini adalah penting untuk mengelakkan kekeliruan ataupun salah faham. Mungkin pihak yang bertanya mempunyai tujuan untuk bertanya 'hajat' orang lain atau diri sendiri. Maka hal pertunangan itu tidak boleh disembunyikan, juga tidak boleh dihebohkan seperti perkahwinan.
Pertunangan yang keterlaluan.
Adapun semasa saya berkongsi tentang hadis "rahsiakan pertunangan" sebelum ini adalah untuk memberi pendapat tentang 'trend' masakini yang terlalu menonjolkan hal pertunangan hingga melibatkan pembaziran yang tidak munasabah, dengan pelamin, mak andam, photograper dan khemah. Hingga menyusahkan banyak pihak termasuk diri sendiri. Namun disebabkan mahu mengikut 'ternd' masakini, kita terlupa 'trend' yang di ajar Nabi. Nabi cuma menyuruh agar mewar-warkan perkahwinan, bukan pertunangan. Jadi biarlah pertunangan dilakukan dengan sederhana dan 'cukup syarat'.
Haa..itu dia sedikit sebanyak persoalan dan perkongsian yang berlegar di ruang fikiran ini.Ayat-ayat yang di highlight tu sepatutnya diberi lebih perhatian untuk kita sebagai umat akhir zaman..
p/s: Ikut SUNNAH merupakan guideline yang TERBAIK untuk kita semua, manakala ikut NAFSU memusnahkan kita.So,as a Caliph of Allah, kita sama-sama berusaha untuk follow guideline yang telahpun diberi..(AL-QURAN+ SUNNAH)
Sekian dari seorang fakir,
wallahu'alam..